Pages

12 January 2015

Ulasan isu semasa : B1A4 peluk perempuan melayu bertudung




Salam,

    Baru-baru ni rakyat Malaysia digemparkan dengan berita kurang enak didengar terutamanya kepada rakyat-rakyat Malaysia yang beragama Islam terhadap video yang sedang hangat tersebar di muka-muka laman sosial. Video tersebut memaparkan tentang bagaimana beberapa perempuan bertudung tegar untuk mengizinkan diri mereka disentuh malah ada yang dipeluk oleh artis lelaki korea selatan, iaitu dari kumpulan popular pada masa ini, yang menggelarkan diri mereka sebagai B1A4.

Sumber berita hangpa boleh tengok kat sini :
KLIK LINK INI : ALLKPOP
KLIK LINK INI : HYPE MALAYSIA

  Ok pertama-pertama sekali, semua orang dah baca introduction kan? Nak tahu cerita ni lebih lanjut tengok video kat youtube, ataupun klik link HYPE MALAYSIA di atas. Tujuan aku post pasal berita ni sejujurnya bukan untuk menyebarkan aib mereka. Dan aku memang takboleh nak tutup dah aib diorang yang dah memang tersebar luas ni. Jujur aku just nak bagi sedikit ulasan pasal hal ni.

Dari video ni, aku dapat simpulkan beberapa perkara menerusi komen-komen netizens di Malaysia :

Pertama :
Some netizens claim yang perempuan-perempuan Melayu tu salah sebab mereka mesti lebih arif pasal hukum-hukum Islam.

Kedua :
Some netizens back up perempuan-perempuan Melayu tu sebab diorang excited jumpa idola kpoperzzz mereka. Ini macam sekali seumur hiduplah.

Ketiga :
Some non-muslim claims yang diorang banyak dengar kawan-kawan MUSLIM diorang cakap "tak semestinya semua yang bertudung tu baik, tak semestinya yang free hair itu semuanya jahat"

Keempat :
Some netizens claim, perkara ni sebenarnya banyak dah berlaku kat Malaysia, contoh boleh tengok kat dlm filem, pawagam, shopping mall.

Okay, mungkin aku terlepas beberapa perkara tapi ini apa yang sempat aku scroll down komen-komen para netizens di social media.

Ulasan untuk perkara pertama, Yes..aku setuju dengan para netizen yang claim sebegitu. Tak tipu, Islam memang sampai kat Korea. Tetapi jumlah penganut Islam di sana adalah golongan minoriti. Mereka mungkin terlepas pandang beberapa perkara "boleh" atau "tak" dalam hukum-hukum yang ditetapkan oleh agama Islam. Sama juga seperti di Malaysia, even Muslim di Malaysia yakni kumpulan majoriti di sini sendiri taktahu kenapa penganut Hindu (minoriti) takboleh makan daging lembu? Jadi dalam perkara ni, kita tidak tahu tentang agama Hindu. Samalah hal apa yang berlaku dengan artis-artis korea tersebut.

Ulasan untuk perkara kedua, sebagai seorang remaja (still muda ok kah3), rata-rata dari kita memang ada celebrity crush dan sebagainya. Mungkin ia dianggap normal. Tetapi mengikut pandangan alim ulama, ianya tidak dibolehkan.

“Apabila seseorang itu mula mencintai, maka, dia akan sibuk memikirkan orang yang dia cintai sehingga dia kurang fikir tentang agama dan dunianya…”
(Ibn Qayyim)

Kita selalu dengar dari para ulamak dan ilmuan menyebut tentang, "jom semak Iman". Nak semak macammana? Semaklah dengan, apa ibadat yang kita dah lakukan untuk kuatkan hubungan kita dengan Allah? Bila hubungan kita kuat dengan Allah, nak buat benda yang Allah murka pun tak sanggup kan?

Ulasan untuk perkara ketiga, betul. Tidak semestinya yang bertudung itu baik diluar dan didalam. Yang tidak bertudung pula tidak semestinya mereka ini buruk diluar juga didalam. Tetapi inshaAllah yang baik itu semestinya bertudung. Seseorang yang mencintai pasti menurut kata yang dicintai.

Ulasan untuk perkara keempat, budaya peluk berpelukan ni dah lama kat Malaysia. Sayang sekali. Mungkinkah ia bermula dari pucuk pimpinan sesebuah organisasi. Bukan menuding jari untuk mana-mana pihak, dari pandangan aku sepatutnya undang-undang di Malaysia perlu utamakan hudud lebih dari sivil. Aku mahu cadangkan pembelajaran tentang hudud dilebihkan lagi dalam silabus Pendidikan Islam supaya generasi-generasi Malaysia lebih faham kenapa undang2 sebegini perlu dilaksanakan.

Kesimpulannya? Benda dah jadi dah pun, awak-awak yang dah TERpeluk tu mesti sedang melalui waktu yang sukar. Keluarga pun mesti tengah malu dengan perbuatan awak yang dah tersebar 1 Malaysia ni. Nak buat macammana, nasi dah jadi bubur..tapi kita boleh masak nasi baru. Okay? Awak wajib taubat, makna katanya awak perlu totally 100% berubah untuk tidak mengulangi perkara sebegini lagi. Kuatkan hubungan dengan Allah, dan insyaAllah Allah akan tunjukkan jalan. Dont give up, and live your life~

Wassalam. Adios Amigos.
(Bella)

*Updated on 2016, sebab bahasa waktu muda dulu nak termuntah utk diri sendiri.

No comments: