Pages

27 May 2014

Khinzir?

Salam:)

Khinzir? Saya guna dalam bahasa sedap sikit instead of bab 1, sebab Al-Quran pun guna khinzir ye nak. hahaks.

Kenapa ye umat Islam tak boleh makan khinzir? Maybe sebab ada kuman, atau virus yang sampai diletakkan dalam suhu yang paling tinggi dalam dunia pun tak mampu mematikan mereka.

Nak dijadikan cerita seorang non-muslim bertanyakan kepada anda apasal umat islam takboleh makan khinzir, dan anda pula jawab sebab khinzir kan ada ulat. Si non-muslim tu pula patahkan hujah anda dengan "Kalau lah satu hari nanti saintis menemui vaksin untuk mematikan ulat-ulat tu, orang Islam dah boleh makan ke bab 1?"

Hmm...vaksin berfungsi meningkatkan kebolehan badan untuk melawan organisma penyakit. Kalau dah ada vaksin untuk khinzir...boleh dah ke eh orang Islam makan bab 1 ni? Mungkin vaksin tu akan matikan ulat-ulat tu nanti. Dah boleh kot makan, ramai orang kata daging bab 1 sedap, eh tak boleh! Macam mana nak cakap ni, memang orang Islam tak boleh makan! HARAM!! Tapi kenapa haram? Tu yang non-muslim tu tanye kau.

Ha.. sebenarnya saya pernah ditanyakan soalan begini yang agak membuatkan saya terdiam tanpa jalan penyelesaian dan pemikiran yang buntu. Tapi yang bertanya tu seorang muslim lah, muslim yang hebat dan merupakan seorang saudara baru Islam.

Soalan beliau dijawab dengan jawapan beliau sendiri kerana mungkin tiada siapa memberikan respon. Jawapan pertama beliau, "rujuk Al-Quran, Surah Al-An'am, Ayat 145".

Sudah terang lagi bersuluh juga memancor dalam kitab Allah yang membuktikan larangan Allah terhadap memakan daging babi. Al-Quran tu adalah ayat dari Pencipta kita sendiri, iaitu Allah yang Maha Esa, mana mungkin kita nak memberi keutamaan pada pemikiran logik/sains lebih daripada ayat Pencipta kita sendiri!

Jadi kalau vaksin kuman babi pun dah tercipta, kita tetap takboleh makan. Si muslim hebat yang memberi penyelesaian tadi sambung lagi, "JANGAN menjawab apa-apa persoalan tentang Islam luar dari lingkungan Al-Quran dan Sunnah". Ha kau....hot and spicy tak?


Good luck sisters and brothers :)
Wassalam

No comments: