Pages

27 February 2014

Review Buku : Contengan Jalanan

Salam:))



Contengan Jalanan.Bukunya dah lama dicetak tapi aku yang kuno baru baca tahun 2014.Best.Ambil masa 2 hari untuk habiskan. --> 2 hari kira rekod paling cepat bagi slow reader macam aku.Nukilan Hlovate.Aku taktau macam mana nak sebut nama beliau.Ikut sedap mulut dahlah.





Kisah pertama.Fend.




 Kisah kedua.K².




p/s : Memang jenis aku, suka lekat sticker notes untuk part yang aku suka.Dan buku ni memang banyak part yang aku suka.




Secara rumus, buku ni tentang si pencari Tuhan.Ada dua cerita dalam satu buku.Kalau minta pendapat aku, rasanya cerita kedua yang lagi menarik aku kerana lebih extreme.Kisah mengenai seorang yang keras hati, susah nak bentuk sebab prinsip dia yang suka jadi 'diri sendiri'.Keseluruhan cerita, mengisahkan pelajar/remaja/masyarakat yang terlalu mengagungkan muzik sampai mengambil remeh hal agama.Banyak berlaku dalam dunia sekarang.-->Tengok Malaysia je dah boleh nampak rasanya.




Aku tak berapa nak pandai dalam bab menyusun/mengatur/bermadah semua ni.Jadi, aku cuba bagi pendapat dari apa yang aku faham.





Aku suka cara Hlovate menyampaikan idea beliau.Nampaklah ilmunya yang luas.Dari seremeh remeh hal muzik sampailah ke drum, gitar(ada banyak jenis gitar), keyboard dan instrument lain.Belum cakap pasal lagu lagi.Nirvana,Metalica, Blackmore --> antara nama band/artis yang aku ingat.Tapi dalam bab potongan ayat dalam Al-Quran juga, beliau cukup pandai combine kan kena dengan jalan cerita.Itulah yang aku faham.



Antara frasa atau part yang aku suka, 

"Hati tu Allah yang pegang, bukannya orang.Hidayah dan petunjuk tu memang hanya Allah yang bagi"
 [M/S 106]

Teringat kisah Abu Talib yang mati tanpa sempat mengucapkan syahadah (masuk Islam).Walaupun Nabi Muhammad SAW berdoa supaya Abu Talib mendapat hidayah tapi Allah Maha Berkuasa.




"The man that decided to change on the 12th hour dies on 11th" 
[ M/S 46]

Ni lagi satu buat aku rasa 'zrettt'.Ngilu.Quote dari short film The Eleventh Hour, memang terkesan.Bila fikir balik, terkena dekat batang hidung sendiri.Manusia.Selalu fikir dia ada masa, konon boleh berubah pukul 12 tengok tengok pukul 11 dah mati.Kan tak sempat berubah tu?Korang boleh tengok dekat youtube.Kualiti video memang agak kureng bagi aku, tapi selagi aku tak jelas/tak faham..pepandailah ulang balik.








"Ikhlas tu bukan kita yang ukur, tu biar Allah yang tentukan.Jangan sampai kita tinggalkan amalan ibadat sebab tak nak riak dengan manusia, kerana tu la tanda kita riak dengan Allah sebenarnya"
 [M/S 268]

Benda ni aku selalu tanya dalam diri aku.Macam mana nak ikhlas?Apa tanda kita ikhlas?Rasa macam dah nak ikhlas, tapi macam was was pulak tiba-tiba.Macam mana?Tapi kalau bertanya lebih tanpa buat kerja/ibadah, memang tak tau lah bila ibadah tu boleh mula.





Perkara menarik yang menyebabkan akutak boring baca, 

Penulis bawak kita keluar dari Malaysia.Baru aku nampak yang Islam ni serata dunia ada.Kalau nak menggambarkan orang alim, bukan orang dekat tanah Arab je.Di Australia pun ada masjid yang bila aku bayangkan macam ada satu masjid dekat Pulau Pinang.An-Nahdah tak silap.Boleh bermalam dekat masjid, makan, tidur, qiam.Selain tu, di Indonesia.Jakarta, kota yang penuh dengan hidup.Dapat aku bayangkan Indonesia yang penduduknya padat.Sana sini traffic jam.Bermacam cara dan peringkat umur si pencari rezeki.





Buku ni bukanlah buku cintan cintun.Tapi still adalah pasal perasaan semua tu.Takdalah straight je macam watak ni baik dari mula.Serius cakap, aku dah penat dengan novel cintan yang boleh buat aku berangan kononnya akulah heroin.


Setakat ini je lah sharing session dari aku.Review buku kononnya.InshaAllah kalau aku rajin nak baca buku yang macam ni, aku akan share kan untuk semua.Biar semua tahu.

"Aku rasa selfish kalau aku simpan benda tu (ilmu) untuk diri sendiri" -- Fend.
 [M/S 160]


Sincerely,
Ain

No comments: