Pages

30 July 2013

Hidupkan Ramadan mu vs Ramadankan Hidup mu

Salam:))



Kita dah masuk 10 Ramadan yang terakhir.Ramai orang yang sibuk mencari malam lailatul qadar.Sebenarnya tak payah mulut je cakap nak cari malam lailatul qadar ni.Korang kena fokuskan saja pada ibadah korang.Biasanya orang yang dapat lailatul qadar ni dia dah start memaksimumkan ibadah dia dari 1 Ramadan lagi.Korang tak payah nak agak bila lailatul qadar tu sampai ada yang akan bersembang mcm ni "Aku rasa semalam malam lailatulqadar laa.Sebab aku rasa sejuk je."Kalau dah main expected je, bila nak jalan ibadahnyakan bang oii?



Hidupkan Ramadan mu.


10 Ramadan terakhir.Waktu ni laa Pak Arab Pak Arab campus aku tak tidur malam.Mereka menghidupkan malam dekat masjid dengan mengaji, solat sunat dan macam macam lg.Kadang kadang aku pun malu dgn diorang.Aku tidur dekat masjid sebab nak masak utk sahur esoknya je.Tapi bila kita dah biasa tengok benda elok, terkadang kita akan ikut jugak diorang.



3-4 hari lepas aku ada join satu charity program named, Singgah Sahur & Iftar.Aktiviti program ni, kitorang bagi makan dekat homeless sekitar Jalan TAR hingga ke Dataran Merdeka.Jauh tu kan?Target kitorang just 200 orang homeless.Aku sebagai Donation & Sponsor Comity ni terkejut jugak mula mula.Ramainya homeless dekat Malaysia?Bila aku tengok sendiri, lebih dari 200 orang homeless yg sepanjang Jalan TAR ke Dataran Merdeka tu.Bila aku bagi beg yang isi makanan dekat diorang, ada laa tersentuh dalam diri aku ni.Tapi ada jugak rasa takut sebab aku memang tak pernah buat charity sampai macam ni.Tipu laa kalau sape yang tak rasa sedih.Tidur dekat kaki lima, atas kotak, selimut dengan kain nipis.Hidup serba kekurangan.



Lepas selesai agihkan beg dgn barang keperluan tu, kitorang gather balik dan our cc ataupun orang yg guide kitorang masa dekat sana pun bukak sesi share the moment.Banyak sangat yg aku dengar sebab aku punya zone macam biase je.Tepi jalan macam tu.Tapi ada satu group sampai turun bawah jambatan.Ramai orang expected homeless ni mesti mat gian atau drug addicted.Statement tu mmg tak boleh nak sangkal tapi bukan semua homeless ni drug addicted tapi ada yg kena buang keluarga semua tu.Tipu laa takde manusia dalam dunia ni yang takde masalahkan?



Ada je homeless dari kalangan kanak kanak.Masa aku mula sampai, ada sorang budak kecik homeless ni seronok nau main tab member aku.Kesian aku tengok.CC tu cerita ada baby yg lahir dekat bawah jambatan.So, bersyukur laa korang yg lahir dekat katil hospital yang siap dekat specialist hospital lg.CC cerita pasal pengalaman dia.Kenapa dia start buat welfare macam ni.Dia kata dia pernah tanya dekat sorang pakcik homeless, "Kalau kami tak bagi makan, macam mana pakcik makan hari hari?".Pakcik tu jawab, "Banyak tempat nak makan.Church ni ada, church tu ada"Lebih kurang macam tu laa.



Korang yang sebagai muslim, tak terasa ke?Pada aku, Malaysia ni negara Islam pada nama je.Kalau gaduh pasal agama, sampai nak bakar kitab ni kitab tu.Pada aku.Tolonglah ada kesedaran.Sedang kita bergaduh sesama kita, golongan lain sibuk nak menarik ke agama mereka.Dari korang sibuk menkafirkan orang, mensyiahkan orang, cuba fikir pasal golongan yang macam ni pulak.Bukan menghalang korang untuk menolak golongan syiah semua ni, tapi jangan terlalu taksub dengan benda yang tak pasti.

Ni adalah sikit gambar masa Singgah Sahur & Iftar.


Aku tak berani nak ambik dekat dekat.So inilah tempat homeless selalu tidur.


Dekat bawah jambatan ni pun antara port homeless.




Gabungan Sungai Gombak dan Sungai Klang.Subhanallah.


Esoknya kitorang buat shantoh.Shantoh ni aktiviti edarkan makanan utk muslim yg terperangkap dlm traffic jam.Kuala Lumpur, takkan lari dri kesesakan lalulintas.So, kitorang edarkan dgn niat kalau diorg tak sempat nak bukak puasa dekat rumah, at least diorang ada alas perut utk dimakan sikit.



Cerita pasal shantoh, masa aku bagi kurma dkt muslim.Ada yang tolak padahal non muslim pun suka kurma.Aku ada timbul rasa pelik sikit tapi maybe diorang ada alasan diorang sendiri kan.




Ramadankan Hidup mu.


Lebih kurang dengan yang tersebut dekat atas.Tapi, yang membezakan dia adalah korang amalkan ibadah yang korang buat masa bulan Ramadan.Kiranya, korang tak stop takat akhir Ramadan je laa.Korang sambung dan terus sambung..



Sincerely,
Ain










No comments: