Pages

09 March 2013

Terms takut yang banyak maksud

Salam:))


Takut ni banyak maksud, anda boleh guna kat mana-mana ayat pun. Contoh,


Bella : Aku takut la nak tengok cite Insidious, hantu dia seram.
Aini : Bakpo? Baik mu takut Allah.

Takut si Bella bermaksud : Takut yang merasa seram kepada sesuatu.
Takut si Aini bermaksud : Perasaan takut pada Allah yang sudah tentu ada pada setiap hamba-Nya yang bertakwa.


Bella : Aku takut la nak ambik final exam bulan 4 nih.
Amalina : Sapa suruh hang takut, pi la baca buku hang.


Takut di dalam konteks ayat bermaksud : Takut yang merasa gentar tetapi tidak berbuat apa-apa.

Mira : Nak lalu ke tak depan die ye...hihihi
Bella : Takyah la takut-takut jumpa Jailani tu...gedik sangat aih.
Mira : Hihi aku malu la Bella..


Takut di dalam konteks ayat bermaksud : rasa tersipu-sipu malu sehingga menyebabkan orang sekeliling merasa......whats wrong wit u kid.


Bella : Aku rasa takut la nak guna termos ni.
Mimi : Pahal?
Bella : Dia dah pecah kat tepi ni..
Mimi : Weh takpayah guna! Berdarah perut kau minum.
Bella : (membayangkan perut yang berdarah sejurus meminum air dari termos itu)


Takut di dalam konteks ayat bermaksud : Merasa bimbang, khuatir dan sebagainya.



Rasanya itu sahaja yang saya dapat kumpulkan, sesungguhnya ia berlaku dalam kehidupan seharian kita. Percayalah daku wahai pembaca yang budiman.


Wassalam

1 comment:

man said...

takutlah kepada allah swt..jgn lupa ikut blog sy..http://ajax85.blogspot.com