Pages

02 April 2012

Makan dengan Ain

Salam:))


Kami makan kat Nando's. Hmm, memandangkan kami berdua ni suka mencuba rasa setiap jenis makanan kat alam ni, jadi kami pun try la Nando's. Ni kira first time lah kami makan kat sini, sebab Nando's ni ada kat dalam AEON mall yang baru bukak kat station 18, Ipoh. Aku rasa lah kan, aku rasa je...ni Nando's first yang ade kat Perak. Jadi memang beratur sampai ke luar Mall lah kami untuk masuk ke dalam Nando's. Tempatnye sangat sendat dan padat. Maka secara tidak langsung, dan senang cerita..first Nando's kat Perak mendapat sambutan yang begitu hangat! Yehuoo.




Atas ni gambar sos kat Nando's. Ha..cerita pasal sos kat KFC, Mc'D ape semua aku takpernah sentuh. Tetibe je aku sentuh pasal sos Nando's. Antara banyak-banyak-banyak-banyak sos kat atas tu...cer teka mana paling sedap? Yes betul, semua masin. Eh, yang tomato tu aku taksempat ambik. Yang Extra Hot tu aku rasa tak pedas pun, baik makan sambal belacan jer, lagi pedas. Lepas tu, Garlic tu masin-masin pahit. Aku ni kenapa komen pasal sos? Makanan mane? mane?






Yang atas ni aku order. Macam tempat bakar kebab yang kat pasar malam tu kan? kah3. Eh you takpernah pergi pasar malam eh? hahaha kuno, stop bella. Mula-mula, orang tu hantar makanan kat salah meja, meja tu depan kami je pun, pastu aku pun cakap la dalam hati "Huiyo gedabak giler la". Ha...tengok-tengok aku punya makanan. Malu sikit la aku dapat makanan gedabak camni. Memang menggambarkan aku seorang yang pelahap. Ha..nama dia aku suka, Espetada. Sedap kan nama dia? Kat menu list tu ade description bawah dia. Gaya dia cerita bende espetada ni macam menyelerakan, lagi pun espetada ni special dari Nando's. So, aku pun order la ini.





Ha..atas ni air yang aku order. Best kan aku? Air panjang, makanan gedabak. Memang level pelahap aku lagi tinggi dari Ain lah nampak gayanya. Nama air ni adalah Citrus Bliss. Ade peppermint, plus sprite, plus anggur kot. Entahlah, aku pun tak sure. Tapi air ni boleh buat kat rumah kot rasanya. hahaha memandai je aku. Ada resepi boleh la kot.




Ini pulak makanan yang Ain order . Nama makanan ni Quarter Chicken. Nak glemer panggil quarter, kalau nak Bahasa Melayu, panggil satu perempat. Makanan Ain ni aku taknak komen bebanyak. Rasanya boleh buat kat rumah kot. Eh, aku ni semua boleh buat kat rumah. Padahal kat rumah masak air je yang aku terer. harhar rendah diri la kau bella.





Ha.. si budak Ain ni best sikit, air pendek, makanan pendek. Jadi hilang tumpuan masyarakat setempat ke atas dia. Aku taktau lah apasal bertuah sangat aku dapat minuman panjang-panjang, makanan gedabak-gedabak. Nama air dia atas ni adalah Ice Lemon Tea. Yang ini for sure boleh buat kat rumah! kan Ain? kah3, sape suruh ko order bende alah ni.



Nando's ni aku takpernah tau pun sebelum ni. Aku kan anak mak, duduk kat rumah je. Internet ada depan mata, aku pegi main facebook. Aku tau Nando's pun dari One Direction, Niall kan suka Nando's? So, aku dapat tau ada Nando's kat AEON mall, jadi aku pun try lah dengan Ain. Ha..kat atas ni lah hasilnya. Kami pun selesai men-try try.


Komen? Nando's ni nak kata rasa dia tu memang sedap. Cuma aku rasa macam nak curi sos KFC. Okay, Nando's ni kebanyakan restorannya ada kat oversea sana tu, mat-mat saleh mane ler sentuh cili padi satu balang kan? hahaha, kesian diorang, takboleh makan pedas. Tu sebab sos Nando's yang extra hot pun aku takrasa pedas. sobsob. why matsaleh why?




Sos mane? ah tu takyah rating. Aku dgn Ain masing-masing belagak nak masuk MasterChef, boooo. Aku la paling beriya sekali, konon kedekut bintang, harhar....kurang asam terhadap diri sendiri.

Okay itu je nak update. bobaii and Wassalam

P/S: Gambar2 semua kat atas ni memang bukan dari kamera kami, curi kat Google jer. ahaks. Sape xtau gedabak tu maksud dia ape, maksudnya besar-besar gituu. Ha..kan dah ter-urbandictionary di sini.

1 comment:

ikafantasi said...

aduh rindu plak nak makan nando's..