Pages

16 February 2012

Cara nak buat header transparent kat photoshop dan nak masukkan ke dalam blog.

Salam:))


Hi everybody, tgok title..jangan cakap banyak, lets begiiin.


1. Bukak photoshop seperti biasa, dan tekan File>Open File ataupun shortcut Ctrl+O. Klik pada file gambar yang anda mahu edit.

2. Lepas dah open file yang anda nak, klik pada ikon Pemadam, atau kalo nak senang tekan jer huruf E.


3. Biasanya kalau nak potong gambar yang ade perkataan, saya pakai pemadam Magic Erase Tool, sebab super senang. Tapi Magic Erase Tool ni ada pro and cons nya. Ia hanya sesuai untuk padam pada satu kaler sahaja pada satu masa. Contohnya pada gambar di atas, kaler background untuk gambar tu adalah PUTIH bukan? Jadi bila anda halakan pemadam tu pada background putih tu, dia akan padam background tu je, and dia takkan kacau kaler yang lain. Ok?

Kalau taknak cara yang saya guna ni, contoh nak padam macam dalam real world la kan, gunalah background Eraser Tool.


4. Lepas dah habis potong tu, Tekan Ctrl+S untuk Save. Dan jangan lupa tukar format gambar kepada format PNG. Sebab format gambar bakal menentukan segala-galanya wahai tuan puan sekalian. Contoh seperti pada printscreen di bawah.

PNG - Biasa kita guna untuk dapatkan background yang transparent
JPG - Format untuk gambar yang basic
PSD - Format untuk kita save file yang boleh diedit lagi




5. Lepas tu nanti akan keluar satu box tu tekan ja OK.



6. Finally, nak masukkan kat dalam blog pulak. Pegi kat Design>>Page Elements>>Edit Header>>Choose File>>Upload>>Then Tekan Behind The Title and Description>>Tekan la shrink to the blabla wides kalau perlu.

7. And save.

Kalau anda tidak paham apa yang telah saya ajar, jangan segan silu untuk bertanya dekat comment box di bawah. Bak kata pepatah, malu bertanya, sesat jalan  :) Kalau nak request tutorial, pun boleh. Tidak menjadi masalah negara pun. Silalah pegi kat blog personal saya di OtakBella dan blog personal Ain di AinHamdi. Tiada paksaan dalam memfollow.


Okay, wassalam :D

2 comments:

kay_are said...

pakar photoshop rupenye.. bagu2.. banyakkan tips lagi ye.. tepuk2 =)

Belle with Aien said...

Belum pro lagi :| haha