Pages

16 March 2011

Berhadapan dengan kawan yang hobinya mencarut.

Salam:))




Hai readers, tadikan rumah aku blackout! sobsob. Ha..taktermasuk dalam tajuk pon.



Waktu Blackout...Adakah "SUCKS" itu mencarut??



Anyway, berbalik kepada tema dan persoalan. Anda pernah berhadapan dengan kawan-kawan yang suke mencarut? Ataupun anda sendiri kaki mencarut? haha, mengaku je la, segelintir daripada kita memang banyak kali mencarut pon. Tapi, pada zaman sekarang, perkataan mencarut di-sinonim-kan dengan kisah macam ni:


Bella : Hari tu aku pergi rumah pakseman yang jual air masak and air  cincau dekat depan rumah pak jamil yang mempunyai 2 bini dan 4 anak itu masuk-masuk jumpa anak pakseman yang hensem gile nak mampus macam Zayn Malik dari kumpulan negara UK yang aku minat then die nak salam aku aku cakap aku bukan muhrim die lalu die tercengang dan lari masuk bilik apemasalah die tah macam pondan pulak nak masuk-masuk bilik ni.
Hani : Amende kau mencarut Bellarudin oii? Cakap takde fullstop!


Itulah die kisahnya. Perkataan merepek juga boleh digantikan dengan perkataan mencarut rupa-rupanya. Taktahulah apasal kan remaja sekarang. **cheit, ayat aku bajet baik


Ayat-ayat mencarut yang biasa kita dengar? gampeng, bangang dan etc (aku taksanggup mencarut di sini, kah3). Kadang-kadang, kawan kite yang suke mencarut tu suka melemparkan perkataan sebegitu kepada kite kan? Jadi, untuk mengelakkan hal-hal buruk seperti pembalingan kasut sekolah ke atas muka kawan kite tu, lebih baik kita berfikiran positif terhadap perkataan yang dilemparkan.


Tahukah anda?




Perkataan seperti gampang, bangang dan bongek ada banyak maksud sebenarnya. Bak kata Pak Salam Erwin Joko Anuar (bapak sedare Salimun yang tinggal di Banting), gampang bermaksud "senang" di dalam BM. Gampang berasal daripada perkataan Indonesia. Jadi, anda bolehlah menggunakan bahasa negara jiran kite ini dengan senang hatinya. Contoh :


Bos : Pak Joko, hari ni saya bagi kerja yang simple je. Pak Joko cuma perlu bagi dokumen ni dekat Dato' Yahya untuk ditandatangani. Kalau die tak tandatangan, kite bako kite bako je.
Pak Joko : Bisa aja Pak. Aku ini orang Indonesia.
Zaifadzleen : Gampang gile kerje die Bos.
Pak Joko : Emang gampang sih.
Bos : Kamu berdua gampangkan aku??


Perkataan kedua pula iaitu perkataan Bangang bermaksud sejenis pokok. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, nama saintifik bagi pokok Bangang adalah Litsea polyantha. So, anda takyah lah nak terasa hati sangat bile berhadapan dengan kawan yang sebegitu.


Auni : Tahu tak semalam aku tengok sejenis pokok yang rupanya seakan bangang.
Bella : Oh, iye ke. Mesti cantikkan?
Auni : Memangla cantik, tapi sama je macam aku menyaksikan pokok rambutan depan rumah aku.


Hai! Saya Litsea Monopetala, saya adik bradik Litsea Polyantha. 

Perkataan yang ter-last iaitu Bongek. Sebenarnya Bongek ni nama tempat, tapi ada makhluk yang terasa dirinya bagus menggunakan bahasa tersebut macam dah ghope mencaruut je bunyinya.  Tempatnya kat Negeri Sembilan sana tu hah.

Bella : Wei Raihan, ko sekolah rendah kat mana dulu?
Raihan : Sekolah Kebangsaan Bongek,Rembau, Negeri Sembilan.
Bella : Kau duduk kat mana sebelum pindah Ipoh?
Raihan : Bongek
Bella : Kau punye kampung?
Raihan : Bongek la!
Bella : Kau mencarut kat aku ke?
Raihan : OI......

Jadi, begitu la kisahnya. Takyah nak terasa sangatla orang nak mencarut kat kau ke ape. Padan muke die, otak die hitem. hehe. Apa-apa pun, kite mesti??? THINK POSITIVE!

Btw, semua pernah mencarut jugakkan? Sampaaai sekarang. Ngahaha, mengaku je la wei..Ada jugak yang tercarut lepas melatah. Ha...tips kawan aku, kalau nak hilang melatah, praktis melatah AllahuAkbar. Ha..banyak hikmah yang kita bakal perolehi.

Mungkin untuk kurangkan mencarut, kita boleh constantly berzikir. Supaya yang berdosa itu dapat digantikan dengan pahala. Dosa? Awat? Ingat sakitkan hati orang tu tak berdosa ka?

Akhirkata, Salam Muhibbah

**Motif post ini, bukan nak suruh ko mencarut banyak-banyak la wei. Cuma, nak bagi ko jangan le terase orang mencarut kat kau. kan? huahua


8 comments:

bella YOYO said...
This comment has been removed by the author.
the queen. said...

ok fine.
*gelak guling*
XD

bella YOYO said...

hahah, thanks @the queen:D

anas saifuddin said...

nice one! btw. ABC. haha

Belle with Aien said...

haha, trimas~

langitBIRU said...

bell, bgaimana pulak klau individu ni mncarut "BODOH"? ape maksud lain pkataan tersebut? *weeeek ngahahaha

bella YOYO said...

Ko pikir je la positif. Orang yang mencarut ni selalunye menggambarkan attitude die. wahahaha. Pandainye berkata-kata. heheheh

Biebtory Syaheera said...

minta izin nak share...sy akn credit awak