Pages

03 January 2011

Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia

Salam:))




Heyyo! tahun lepas ada Piala AFF Suzuki antara Malaysia dengan Indonesia. Yeah. aku macam lambat sikit nak  bukak cerita pasal bende tersebut. Tapi, apakah aku kesah? aku nak SPM. huahua. agak bangla di situ. Mana ada kaitan antara SPM dengan cerita pasal Piala AFF Suzuki. Uh, tiba-tiba bangla dipersalahkan sebentar tadi. By the way, ada pulak isu @malaysiacheatlaser kat twitter ye. " Asal Tante tahu ya, kalahmenang itu emang adat pertandingan, tante nggak bisa nyalahin negara gue". Cheit, mana ntah aku belajar cakap Bahasa Indonesia. Adik Ain selalu laa cakap indon ngan aku. "Hey Putih, aku ini Riiika Sumantho!". Ini kes tengok cerite indon kat TV3 aa ni. Aku pun layan je la adik die. Adik Ain tu, layan-layan cerita indon pun, top 5 dalam darjah doh! huahua.





Pasal isu @malaysiacheatlaser tu, takpayah nak gaduh sangat lah weh. Marilah berbaik-baik. Aku tahu, aku nampak macam baik selepas cakap macam tu. Nak buat macam mana kan?hehe. Tetibe plak aku nak menyanyi.."Sappa bilang gadis melayu tak menawan, tak menarik hati, tiada terpikat". Derr, aku menawan dan menarik hati okey =) Eh, dah lah. Aku malas nak berbangga-bangga. kah3. Berbalik kepada "marilah berbaik-baik" tadi, kita ni kan satu rumpun. Jadi, ape gunenye kite berkelay? (berkelahi a.k.a bergaduh). Opah aku selalu cakap berkelay sebagai berkelahi. Sebab memang hobi beliau kot. Cheh..takdelah. itu loghat peghok lerr. Apekah ade plak org cakap berkelay tu sebagai hobi?Pelik sakan aku.





Banyak betul aku cakap-cakap, title aku macam takde kene-mengene seperti perkara di atas. Tetibe plak ada berkelay-kelay.  Sebenarnya, aku nak cakap pasal Bahasa Malaysia dengan Bahasa Indon ada yang sama. Macam gantang, pusing, lepastu banyak. Cuma dua tu je yang aku tahu, tapi kedua-dua maksud mereka berlainan.





Bagi Indonesia, "pusing" adalah pening dekat Malaysia.







Gambar terbaik yang aku dapat daripada Miss Googleana. Memang "pusing" habis lah lu!




Tapi pusing kat Malaysia adalah "kau pusing-pusing lepas tu pening". Waktu kecik, aku selalu la buat macam tu. Macam best =P. Dekat Miss Googleana, takde  gambar pusing-pusing. Nanti anda pengsan di depan PC. Aku kena balun pulak.






Lepas tu, perkataan kedua pulak.Iaitu "ganteng" bagi Indonesia. Maksud dia handsome. Seperti ini:





Hehe, ini la Mat "Ganteng" bagi aku. Eh eh, bukan yang belah kiri tu, tapi belah kanan. Hoho, mamat korea pulak masuk tetibe dalam pos ni. 





Tapi ye wahai kawan-kawan. Gantang bagi Malaysia adalah di bawah ini...







Hoho, lain bukan maksud dia? Kalau dalam Bahasa Indon, Bukit Gantang nama dia jadi bukit hensem. Semalam aku pergi Penang, lalu Bukit Gantang. Tibe-tibe adik aku cakap Bukit Gantang, Bukit Hensem. Jadi, anda terima je lah teori budak kecik. Bak kata kakak aku yang amik subjek Psychology, "imaginasi kanak-kanak tidak terbatas la Nabila". Tapi kata-kata tersebut, aku pun tahu. Aku pun macam..."Derr". hohoho



Wassalam

2 comments:

Nur Misnan said...

hey hey hey.. malaysia indonesia
memang banyak kelainan
terutama dari segi bahasa dan pronounce mereka
Msia KERETA - indonesia keretapi
Msia MOBIL pam minyak - Indonesia kereta

Belle ! said...

Hey hey hey (1000x) tak tau pulak saye ade banyak kelainan. Mybe la tu. huahua. kat atas ni menurut perspektif saye je =D