Pages

22 December 2010

Tangan diorang ni laju seyot T_T

Salam:))




Hey, siape kat sini taip cepat gile??Takyah tengok keyboard pun takpe. Hehe..aku bukan lah orangnye. Sebab aku kecik lagi, tunggu aku pakai tongkat, baru aku boleh menaip laju sebab kekuatan orang yang pakai tongkat adalah pada tangannya. Huahua. Memandai je aku buat teori.




Anyway, aku ada kenal 2 orang yang tangan gile laju main piano dengan gitar, mereka adalah orang yang berlainan dan datang dari negara yang lain jugak. Untuk makluman anda, aku je kenal diorang, tapi diorang tak kenal aku pun. Huahua. Siapalah aku untuk dikenali ramai? Cuma anak kecik yang berusia 16 tahun dan tinggal bersama keluarganya di Ipoh, Peghok je jang oi.




Orang yang pertama adalah, Maksim!! Siapa tak kenal Maksim? Aku rasa ada kot yang tak kenal Maksim. Maksim ni adalah seorang pianist yang agak le terkenal dan mukanya agak le hensem. Tapi, sorry to say, mamat ni kurus gile. Lagi-lagi tang tangan, maybe selalu exercise kat tangan sebab main piano laju bebeno. Huahua.  By the way, nama penuh dia Maksim Mrvica. Wahh, sedapnye name bangg.. ^^. Eh, mana boleh panggil die bangg. Sebab dia dah kawin, nama isteri dia Ana. Cheit, tahu aje aku. Semuanya, aku cilok dari abang Wikipedia (hah, yang ini aku boleh panggil abang). Kalau anda nak tau info lanjut pasal mamat tangan laju ni, anda boleh klik sini. Bertuah Ana dapat mamat tangan laju macam ni kan? Boleh tolong masak nasik goreng dengan laju.



Mungkin tangan anda kurus pada gambar lain. hehe



Orang yang kedua aku kenal sebagai tangan yang agak laju adalah Jungmo. Anda yang tak minat  korea, takpe kalau tak kenal mamat tangan laju yang kedua ni. Sebab aku pun baru kenal dia ni 2 hari yang lepas. hoho. Btw, Kim Jungmo ni seorang guitarist yang ada kat dalam band TRAX. Band TRAX ni kat bawah SMEN. Siapa kenal SNSD tu, kenal lah SMEN. Sebab SNSD pun bawah SMEN. Kalau tak kenal jugak, ape aku peduli. Bukan atuk aku pun. hoho. Kepade adik-adik manis kat luar sane tu, sukati anda lah nak minat kat Jungmo ni (aku dah ade Taecyeon. kwangkwang) . Aku rasa dia ni single lagi kot. Ceh, tak pernah plak aku dengar artis korea bagitahu dekat status FB yang diorang ni  "In a relationship". Huahua. 



Cis, bajet hensem lagi dari Taecyeon. huahaua



Jap..aku nak cari video diorang yang best gile. By the way kan, ade kumpulan perempuan yang main biola laju gile. Siape tah, last aku tengok pun waktu zaman muda-muda dulu. Siapa tahu, cepatlah bgtahu aku ye. kekeke




Saksikan..Maksim the tangan laju of pianist!!






**Jangan takut, sebab speaker anda tidak rosak pun. Suare Maksim memang besau. huahua. kecut je anda!



Ini pulak....Kim Jungmo the guitarist of TRAX!!




**Muka dia memang rilek pun bila main gitar..siapa baru tahu cakap OH! huahua. 



Selain video Jungmo yang atas ni, aku pun minat kat video nun. Perghh, power giler die main lagu Mirotic yang DBSK nyanyi tu. hoho. Video nin pun bes jugak. Ade orang main violin, tetibe Jungmo buat lagu tu jadi rock. Aku tak letak video yang nun dengan yang nin sebab tangan dia tak laju sangat tapi tetap best. hoho. Okay, harap anda gembira menikmati video yang diletakkan oleh aku ni. Siapa nak cari video mereka yang lain. Anda boleh pergi kat related video, ataupun anda taip nama diorang. Sekian, tewima kasih kerana buat cadar bau macam mama.

5 comments:

KizZ said...

tak puas ati kat part gitaris tu..ramai lagi yang terror gile babeng laju tangan dia tau...antara nya Synyster Gates gitaris Avenged SEvenfold..memang terbaik mamat ni men gitar pergh!!!

Jom sini,
5 Cara Blogwalking cam besh

Belle ! said...

To KizZ:

Oh, Synster Gates tu macam menakutkan aku je. Penuh gile tattoo kat badan. wahaha,sorry
Btw, thanks sebab bg komen :D

natasha MDG said...

bapak terror jungmo. dah la ensem. tak pernah tgk pun video ni. dah siap download skali dah. tq.

Belle ! said...

To natasha MDG:

Huh, siap download lagi tu. hoho.Btw, thanks comment :)

Anonymous said...

Nak cari maksim ny video yg ade sorang perempuan ni jongging..n tepat sampai waktu maksim habis main piano..tp smpai skg xde jumpe. yg jumpe yg ni.umm.trme ksh laa