Pages

03 November 2010

3 bersahabat mati disembelih

Salam,



"SELASA,2 Okt- 3 bersahabat mati disembelih di kawasan sebuah sekolah yang terletak di Ipoh. Kejadian berlaku pada pukul kira-kira 8 pagi. Kedengaran bunyi "cip-cip" kepada ketiga-tiga mangsa apabila ajal mereka sudah hampir. Penyembelih kepada ketiga-tiga mangsa berasa lega apabila mereka dapat menyembelih mangsa(s) dengan jayanya."
(Petikan berita dari Harian I.S.H)

    Aku ni memang tak pandai buat berita la. Apekebende je aa aku ni, kah4. 3 bersahabat yang dimaksudkan oleh aku adalah burung-burung puyuh yang diberi nama Lala, Lalo dan Lola. Kesemua nama-nama tersebut diberi nama oleh Belle, Pak Fatin dan Pak Sarah adalah untuk menggembirakan sikit hati burung-burung puyuh yang tengah sedih tu. Almaklumlah, saat-saat penyembelihan....tah aku tak tau nak cakap ape.

      Semalam warga RPS yang berumur 16 tahun dan beragama Islam telah menjalankan amali penyembelihan terhadap burung-burung puyuh. Setiap 2 orang diberi seekor puyuh, sorang pegang (pengecut) sorang menyembelih (berani). Tapi, orang yang berani macam aku boleh buat banyak kali. Cheit, kali pertama aku menyembelih, burung puyuh aku haram dimakan. Sebab tak putus urat halkum. Adush..mana nak letak muka aku ni? Takpe..itu hanya amali ! Memang rugi..tapi nak buat macam mane? Orang berlagak pandai memang selalu dapat balasan. Kesian Lala 1 aku..mati dalam keadaan bangkai...

   Takpe ! Lala 2 aku ada. Dia mati dalam keadaan namanya sebagai binatang sembelihan. So, aku pun gembire aa, boleh makan burung puyuh dengan senang hatinya. Selain menyembelih, aku dan warga RPS yang rajin juga kena menyiang (xberani aku),mengupas kentang (hah! ni aku buat) dan bahan-bahan  lain yang sepatutnya dikupas.

Lepas buat keje semue tu, ape lagi. Kami yang dikenali sebagai perempuan pun bersembang-sembang aa pasal isu dunia, "cheit, isu dunia konon..padahal gosip". Oish ! Sape kate bergosip? Kepala otak saya la kami bergosip. Aku bukan lah nak memuji..tapi..kami tak pernah menyibuk hal orang (hush..tak pernah tuu). Hush..okey aa, aku bergurau-gurau manja. Mana ada kami tak pernah menyibuk hal orang, keh4. Semue org pernah buat perkara terkutuk tu. Bak kata pepatah, "nobody's perfect". Selain menyembang, kami juga mengadakan aktiviti menangkap gambar yang senonoh. Contohnye macam ni aa, eh gambaq dh kena lupus. Kerana kami masing2 dh besau. hahaha
Okaylah..setakat itu je pengalaman aku selama berada di RPS untuk menyembelih.

Terima kasih kerana menyembelih eh..ape aku ni. Terima kasih kerana membaca (!) 

No comments: