Pages

08 August 2014

Spongebob versi manusia?

Salam:))

Hey! baru-baru ni pihak produksi Spongebob Squarepants telah mengeluarkan treler filem terbaru mereka iaitu Sponge Out Of Water! Comel Spongebob dalam versi 3D! Serious~ Tapi comel lagi karakter Spongebob ini bila diolahkan versi kartunnya kepada versi manusia~ Lagi serious~ Mari menikmati karya indah dibawah yang dilukis oleh XiaozuoZ, seorang pelukis Chinese.


Comel! Gary dalam versi manusia takde?
Hensem betul Patrick! Ala ala beach boy gitu, tapi hakikatnya tiada otak (as a starfish)

Squidward with his clarinet

Plankton
Oh, saya sangka Mr Krab akan nampak lebih tua, macam orang tua yang tamak haloba.

Amacam? Cantik kan arts dari XiaozuoZ? Rajin-rajinlah melawat akaun weibo beliau. Hmm..sedikit perkongsian saya terhadap lukisan-lukisan beliau di atas, saya mendapati beliau mempunyai good senses on men haircut. Apa perkongsian korang pula? Tinggalkan di ruangan ulasan/komen di bawah. Trimas~


Wassalam.

sumber : kotaku and xiaoziouz

27 May 2014

Khinzir?

Salam:)

Khinzir? Saya guna dalam bahasa sedap sikit instead of bab 1, sebab Al-Quran pun guna khinzir ye nak. hahaks.

Kenapa ye umat Islam tak boleh makan khinzir? Maybe sebab ada kuman, atau virus yang sampai diletakkan dalam suhu yang paling tinggi dalam dunia pun tak mampu mematikan mereka.

Nak dijadikan cerita seorang non-muslim bertanyakan kepada anda apasal umat islam takboleh makan khinzir, dan anda pula jawab sebab khinzir kan ada ulat. Si non-muslim tu pula patahkan hujah anda dengan "Kalau lah satu hari nanti saintis menemui vaksin untuk mematikan ulat-ulat tu, orang Islam dah boleh makan ke bab 1?"

Hmm...vaksin berfungsi meningkatkan kebolehan badan untuk melawan organisma penyakit. Kalau dah ada vaksin untuk khinzir...boleh dah ke eh orang Islam makan bab 1 ni? Mungkin vaksin tu akan matikan ulat-ulat tu nanti. Dah boleh kot makan, ramai orang kata daging bab 1 sedap, eh tak boleh! Macam mana nak cakap ni, memang orang Islam tak boleh makan! HARAM!! Tapi kenapa haram? Tu yang non-muslim tu tanye kau.

Ha.. sebenarnya saya pernah ditanyakan soalan begini yang agak membuatkan saya terdiam tanpa jalan penyelesaian dan pemikiran yang buntu. Tapi yang bertanya tu seorang muslim lah, muslim yang hebat dan merupakan seorang saudara baru Islam.

Soalan beliau dijawab dengan jawapan beliau sendiri kerana mungkin tiada siapa memberikan respon. Jawapan pertama beliau, "rujuk Al-Quran, Surah Al-An'am, Ayat 145".

Sudah terang lagi bersuluh juga memancor dalam kitab Allah yang membuktikan larangan Allah terhadap memakan daging babi. Al-Quran tu adalah ayat dari Pencipta kita sendiri, iaitu Allah yang Maha Esa, mana mungkin kita nak memberi keutamaan pada pemikiran logik/sains lebih daripada ayat Pencipta kita sendiri!

Jadi kalau vaksin kuman babi pun dah tercipta, kita tetap takboleh makan. Si muslim hebat yang memberi penyelesaian tadi sambung lagi, "JANGAN menjawab apa-apa persoalan tentang Islam luar dari lingkungan Al-Quran dan Sunnah". Ha kau....hot and spicy tak?


Good luck sisters and brothers :)
Wassalam

27 February 2014

Review Buku : Contengan Jalanan

Salam:))



Contengan Jalanan.Bukunya dah lama dicetak tapi aku yang kuno baru baca tahun 2014.Best.Ambil masa 2 hari untuk habiskan. --> 2 hari kira rekod paling cepat bagi slow reader macam aku.Nukilan Hlovate.Aku taktau macam mana nak sebut nama beliau.Ikut sedap mulut dahlah.





Kisah pertama.Fend.




 Kisah kedua.K².




p/s : Memang jenis aku, suka lekat sticker notes untuk part yang aku suka.Dan buku ni memang banyak part yang aku suka.




Secara rumus, buku ni tentang si pencari Tuhan.Ada dua cerita dalam satu buku.Kalau minta pendapat aku, rasanya cerita kedua yang lagi menarik aku kerana lebih extreme.Kisah mengenai seorang yang keras hati, susah nak bentuk sebab prinsip dia yang suka jadi 'diri sendiri'.Keseluruhan cerita, mengisahkan pelajar/remaja/masyarakat yang terlalu mengagungkan muzik sampai mengambil remeh hal agama.Banyak berlaku dalam dunia sekarang.-->Tengok Malaysia je dah boleh nampak rasanya.




Aku tak berapa nak pandai dalam bab menyusun/mengatur/bermadah semua ni.Jadi, aku cuba bagi pendapat dari apa yang aku faham.





Aku suka cara Hlovate menyampaikan idea beliau.Nampaklah ilmunya yang luas.Dari seremeh remeh hal muzik sampailah ke drum, gitar(ada banyak jenis gitar), keyboard dan instrument lain.Belum cakap pasal lagu lagi.Nirvana,Metalica, Blackmore --> antara nama band/artis yang aku ingat.Tapi dalam bab potongan ayat dalam Al-Quran juga, beliau cukup pandai combine kan kena dengan jalan cerita.Itulah yang aku faham.



Antara frasa atau part yang aku suka, 

"Hati tu Allah yang pegang, bukannya orang.Hidayah dan petunjuk tu memang hanya Allah yang bagi"
 [M/S 106]

Teringat kisah Abu Talib yang mati tanpa sempat mengucapkan syahadah (masuk Islam).Walaupun Nabi Muhammad SAW berdoa supaya Abu Talib mendapat hidayah tapi Allah Maha Berkuasa.




"The man that decided to change on the 12th hour dies on 11th" 
[ M/S 46]

Ni lagi satu buat aku rasa 'zrettt'.Ngilu.Quote dari short film The Eleventh Hour, memang terkesan.Bila fikir balik, terkena dekat batang hidung sendiri.Manusia.Selalu fikir dia ada masa, konon boleh berubah pukul 12 tengok tengok pukul 11 dah mati.Kan tak sempat berubah tu?Korang boleh tengok dekat youtube.Kualiti video memang agak kureng bagi aku, tapi selagi aku tak jelas/tak faham..pepandailah ulang balik.








"Ikhlas tu bukan kita yang ukur, tu biar Allah yang tentukan.Jangan sampai kita tinggalkan amalan ibadat sebab tak nak riak dengan manusia, kerana tu la tanda kita riak dengan Allah sebenarnya"
 [M/S 268]

Benda ni aku selalu tanya dalam diri aku.Macam mana nak ikhlas?Apa tanda kita ikhlas?Rasa macam dah nak ikhlas, tapi macam was was pulak tiba-tiba.Macam mana?Tapi kalau bertanya lebih tanpa buat kerja/ibadah, memang tak tau lah bila ibadah tu boleh mula.





Perkara menarik yang menyebabkan akutak boring baca, 

Penulis bawak kita keluar dari Malaysia.Baru aku nampak yang Islam ni serata dunia ada.Kalau nak menggambarkan orang alim, bukan orang dekat tanah Arab je.Di Australia pun ada masjid yang bila aku bayangkan macam ada satu masjid dekat Pulau Pinang.An-Nahdah tak silap.Boleh bermalam dekat masjid, makan, tidur, qiam.Selain tu, di Indonesia.Jakarta, kota yang penuh dengan hidup.Dapat aku bayangkan Indonesia yang penduduknya padat.Sana sini traffic jam.Bermacam cara dan peringkat umur si pencari rezeki.





Buku ni bukanlah buku cintan cintun.Tapi still adalah pasal perasaan semua tu.Takdalah straight je macam watak ni baik dari mula.Serius cakap, aku dah penat dengan novel cintan yang boleh buat aku berangan kononnya akulah heroin.


Setakat ini je lah sharing session dari aku.Review buku kononnya.InshaAllah kalau aku rajin nak baca buku yang macam ni, aku akan share kan untuk semua.Biar semua tahu.

"Aku rasa selfish kalau aku simpan benda tu (ilmu) untuk diri sendiri" -- Fend.
 [M/S 160]


Sincerely,
Ain

04 November 2013

Historia - Pak Arab VS Aunty Taichi

Assalamualaikum.

     Tersebutlah kisah seorang Chef Arab mahu membeli barang dapur di market dek kehabisan barang dapur di dalam peti aisnya yang telah dibeli beberapa hari yang lalu kerana baru berpindah rumah barunya yang baru sahaja disewa daripada seorang bangsa Melayu yang membuat perniagaan sewa rumah.

     Disebabkan baru berpindah ke Malaysia, Chef Arab tersebut mengalami kesukaran berkomunikasi dengan masyarakat Malaysia yang rata-ratanya tidak menggunakan bahasa ibunda beliau yakni bahasa arab. Translatornya tidak dibawa bersama kerana menurut sangkaannya, apakah perlu pergi pasar pun mahu membawa translator, dah habis cari barang bayar lah kat kaunter dan balik. Ternyata sangkaannya meleset apabila beliau tidak tahu di mana terletaknya market. Jadi macam mana nak tanya orang sekeliling di mana market. Bahasa Inggeris pun dapat D. Bahasa Melayu apatah lagi, langsung tidak berpengelaman menggunakannya dan memang tidak pernah menduduki mana-mana ujian bahasa melayu.

    Lalu beliau pun mendapat idea untuk menggunakan Sistem Kedudukan Global, iaitu jika dalam kalangan anda tidak tahu, sistem itu anda pun sebenarnya tahu dan anda memanggilnya GPS yakni Global Positioning System. Dan seperti cerita normal, scene terus ditunjukkan Chef Arab itu tiba di market.

   Sedang Chef Arab itu khusyuk berjalan dengan sasa dan cepatnya di sekeliling market untuk mencari barang dapurnya iaitu sayur sawi, bawang, halia, cili giling, kambing, ayam, dan kacang buncis yang dikukus sempurna, Chef Arab itu terlanggar bahu seorang Nenek Cina yang sedang terbongkok-bongkok menolak troli sayur yang bersaiz kecil. Hollly Sshugar..adakah Nenek Cina itu jatuh?! Kuuuraaaaang tepat! Mungkin ada dalam kalangan anda yang mempunyai teori...."seperti seorang Hulk menumbangkan seorang ahli taichi".

    Syukur, berkat latihan taichi yang dipraktikkan setiap pagi, Nenek Cina itu berjaya mengukuhkan keseimbangan beliau dengan berdiri dalam keadaan kekuda.



Malangnya, dek terlalu khusyuk mencari barang dapur yang kehabisan iaitu sayur sawi, bawang, halia, cili giling, kambing, ayam dan kacang buncis yang dikukus sempurna, Chef Arab tersebut berlalu pergi tanpa meminta maaf langsung kepada Nenek Cina yang separa uzur yang dilanggarnya tadi.
 
    Rakyat Malaysia kan sopan santun dan bertata tertib..Patutnya Pak Arab mintak maaflah.Apa lagi..Nenek Cina itu dengan berang dan lantangnya berkata:

HAYYAA!

    Anehnya, Chef Arab yang tadinya khusyuk, menoleh ke belakang. Haiya? Haiya? Haiya tu bahasa arab. Maksudnya MARI! AYUH! JOM! Terpancar perasaan yang sangat gembira di wajahnya. Di dalam bahasa arab, beliau berkata..

MasyaAllah, masyaAllah. ada orang panggil ana ke mari. taksangka di market ini ada yang tahu bahasa ana. Senang ana nak cari  sayur sawi, bawang, halia, cili giling, kambing, ayam dan kacang buncis yang dikukus sempurna. Alhamdulillah. Syukran syukran syukran a'la kulli hal.

  Lalu Chef Arab itu pun datang dengan gembira kepada Nenek Cina. Nenek Cina yang tadinya berang, terperanjat akan kelakuan Chef Arab tadi. Chef Arab itu membebel yang betapa gembiranya beliau terjumpa orang seperti Nenek Cina itu, how cantik is the Nenek lah, Nenek dari mana lah, Nenek datang sensorang ke, Nenek cemane tahu bahasa arab, Nenek dah makan ke belum jom saya belanja minum teh, ah Wadda??

 Ok nenek Cina yang berang bertukar terperanjat itu terus bergegas berlalu pergi ke kaunter ekspres ditemani kawan-kawannya. Dan cepat-cepat bayar kesemua barang mereka. dah cerita tamat. Ah ending yang tak best.. Tapi nak tahu apa jadi pada Chef Arab? Chef Arab kejar si nenek, tapi dihalang oleh pak guard yang berkawal. Chef Arab disoal siasat oleh pihak keselamatan market dengan bantuan translatornya. Lalu..Chef Arab pelik dan trauma, gara-gara ingin mengejar seorang nenek yang disangkakan fasih bahasanya pun disoal siasat begini rupa..Lalu beliau takkan pergi kemana-mana tanpa translatornya.


Sebulan telah berlalu, Chef Arab dalam keadaan baik dan bercadang untuk bersiar-siar di taman permainan berhampiran dengan tanpa membawa translatornya kerana beliau bersangka, mestilah tiada apa-apa bakal terjadi kerana tidak ada urusan berkomunikasi untuk bersiar-siar di taman kan?. Sehinggalah beliau terjumpa nenek Cina sebulan yang lalu yang sedang berlatih taichi. Chef Arab takut, hal yang sama berlaku lagi. Chef Arab bergegas lari ke rumah, traumanya menghantui kembali.

Motif cerita adalah nak bagitahu....HAYYA dalam bahasa arab dan cina ada bezanya. eh mestile ade beza kan. Bahasa Arab memberi makna, "MARI"...dan dalam bahasa cina pula atau umumnya dalam kalangan rakyat Malaysia, HAYYA bermaksud...ah korang pun tahu. oklah bobai wassalam.


MORAL VALUE:

  • Jangan contohi Chef Arab yang hanya berpegang pada sangkaannya, berfikirlah jauh-jauh agar hidup sejahtera.
  • Ambil berat tentang keadaan sekeliling, jangan jadi seperti Chef Arab yang khusyuk mencari barang dapur sehingga tidak sedar sebenarnya dia telah membuat seorang ahli taichi berang. Bila langgar seseorang tu walaupun sedikit, minta maaf je lah. Turunkan ego anda..tak rugi pun, dapat pahala lagi ada lah. Kalau tak sedar, itu lain cerita..tapi bukankah Chef Arab dalam cerita ni juga tak sedar? Tapi apa saya kesah, bukankah cerita ini dikarang oleh saya?
Selamat tinggal, Assalamualaikum.

Cerita ini takde kait-mengait dengan yang hidup ataupun telah meninggal dunia. Pointnya kat sini, bukan menghina kaum, tetapi kaitan antara bahasa. Jangan nak sensitip sangat boleh?





 
 

30 July 2013

Hidupkan Ramadan mu vs Ramadankan Hidup mu

Salam:))



Kita dah masuk 10 Ramadan yang terakhir.Ramai orang yang sibuk mencari malam lailatul qadar.Sebenarnya tak payah mulut je cakap nak cari malam lailatul qadar ni.Korang kena fokuskan saja pada ibadah korang.Biasanya orang yang dapat lailatul qadar ni dia dah start memaksimumkan ibadah dia dari 1 Ramadan lagi.Korang tak payah nak agak bila lailatul qadar tu sampai ada yang akan bersembang mcm ni "Aku rasa semalam malam lailatulqadar laa.Sebab aku rasa sejuk je."Kalau dah main expected je, bila nak jalan ibadahnyakan bang oii?



Hidupkan Ramadan mu.


10 Ramadan terakhir.Waktu ni laa Pak Arab Pak Arab campus aku tak tidur malam.Mereka menghidupkan malam dekat masjid dengan mengaji, solat sunat dan macam macam lg.Kadang kadang aku pun malu dgn diorang.Aku tidur dekat masjid sebab nak masak utk sahur esoknya je.Tapi bila kita dah biasa tengok benda elok, terkadang kita akan ikut jugak diorang.



3-4 hari lepas aku ada join satu charity program named, Singgah Sahur & Iftar.Aktiviti program ni, kitorang bagi makan dekat homeless sekitar Jalan TAR hingga ke Dataran Merdeka.Jauh tu kan?Target kitorang just 200 orang homeless.Aku sebagai Donation & Sponsor Comity ni terkejut jugak mula mula.Ramainya homeless dekat Malaysia?Bila aku tengok sendiri, lebih dari 200 orang homeless yg sepanjang Jalan TAR ke Dataran Merdeka tu.Bila aku bagi beg yang isi makanan dekat diorang, ada laa tersentuh dalam diri aku ni.Tapi ada jugak rasa takut sebab aku memang tak pernah buat charity sampai macam ni.Tipu laa kalau sape yang tak rasa sedih.Tidur dekat kaki lima, atas kotak, selimut dengan kain nipis.Hidup serba kekurangan.



Lepas selesai agihkan beg dgn barang keperluan tu, kitorang gather balik dan our cc ataupun orang yg guide kitorang masa dekat sana pun bukak sesi share the moment.Banyak sangat yg aku dengar sebab aku punya zone macam biase je.Tepi jalan macam tu.Tapi ada satu group sampai turun bawah jambatan.Ramai orang expected homeless ni mesti mat gian atau drug addicted.Statement tu mmg tak boleh nak sangkal tapi bukan semua homeless ni drug addicted tapi ada yg kena buang keluarga semua tu.Tipu laa takde manusia dalam dunia ni yang takde masalahkan?



Ada je homeless dari kalangan kanak kanak.Masa aku mula sampai, ada sorang budak kecik homeless ni seronok nau main tab member aku.Kesian aku tengok.CC tu cerita ada baby yg lahir dekat bawah jambatan.So, bersyukur laa korang yg lahir dekat katil hospital yang siap dekat specialist hospital lg.CC cerita pasal pengalaman dia.Kenapa dia start buat welfare macam ni.Dia kata dia pernah tanya dekat sorang pakcik homeless, "Kalau kami tak bagi makan, macam mana pakcik makan hari hari?".Pakcik tu jawab, "Banyak tempat nak makan.Church ni ada, church tu ada"Lebih kurang macam tu laa.



Korang yang sebagai muslim, tak terasa ke?Pada aku, Malaysia ni negara Islam pada nama je.Kalau gaduh pasal agama, sampai nak bakar kitab ni kitab tu.Pada aku.Tolonglah ada kesedaran.Sedang kita bergaduh sesama kita, golongan lain sibuk nak menarik ke agama mereka.Dari korang sibuk menkafirkan orang, mensyiahkan orang, cuba fikir pasal golongan yang macam ni pulak.Bukan menghalang korang untuk menolak golongan syiah semua ni, tapi jangan terlalu taksub dengan benda yang tak pasti.

Ni adalah sikit gambar masa Singgah Sahur & Iftar.


Aku tak berani nak ambik dekat dekat.So inilah tempat homeless selalu tidur.


Dekat bawah jambatan ni pun antara port homeless.




Gabungan Sungai Gombak dan Sungai Klang.Subhanallah.


Esoknya kitorang buat shantoh.Shantoh ni aktiviti edarkan makanan utk muslim yg terperangkap dlm traffic jam.Kuala Lumpur, takkan lari dri kesesakan lalulintas.So, kitorang edarkan dgn niat kalau diorg tak sempat nak bukak puasa dekat rumah, at least diorang ada alas perut utk dimakan sikit.



Cerita pasal shantoh, masa aku bagi kurma dkt muslim.Ada yang tolak padahal non muslim pun suka kurma.Aku ada timbul rasa pelik sikit tapi maybe diorang ada alasan diorang sendiri kan.




Ramadankan Hidup mu.


Lebih kurang dengan yang tersebut dekat atas.Tapi, yang membezakan dia adalah korang amalkan ibadah yang korang buat masa bulan Ramadan.Kiranya, korang tak stop takat akhir Ramadan je laa.Korang sambung dan terus sambung..



Sincerely,
Ain